Friday, February 26, 2010

PEREMPUAN MUDAH MENAGIS BERBANDING LELAKI? MENGAPA?


Pujangga Ulama’
“Menangislah! Menangislah mengenangkan dosa-dosamu. Sekiranya kamu tidak mampu untuk meratapi dosa-dosamu itu, menangislah kerana kamu tidak mampu menangis”
-Rashidy Jamil Muhammad Ar-Rashid, Tribute Buat Nenda, Dec’09-

Mengapa perempuan mudah mengalirkan air mata berbanding lelaki? Adakah tangisan melambangkan kelemahan bagi wanita?
  • Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"
Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya...

Bagi penulis, seorang wanita itu menangis kerana inginkan KETENANGAN dan KEKUATAAN. Tangisan adalah SENJATA KEKUATAN bagi seorang wanita bukannya KELEMAHAN. Menangis kerana ingin mengadu kepada-Nya dan memohon diberikan KEKUATAN yang hakikatnya kekuatan itu juga milik-Nya...
emm... nikmatnya menangis...syukran Ya RABB..:-).

Mengapa kita perlu menangis?


KITA seringkali menangis tatkala ditimpa musibah, kita menangis pabila tak mampu selesaikan masalah....
Ayyuhal Syabbab wa Ayyatuhal Fatayat....sedarlah kita hanyalah insan yang bertitlekan HAMBA....Menangislah kerana merasakan Allah pemilik segala-galanya, menangislah kerana sedar kita hanyalah penumpang di dunia ini yang juga milik-Nya...Beruntunglah bagi insan-insan yang mampu menundukkan hatinya....beringat-ingatlah pada yang masih lagi bermegah-megah dan berbangga dengan dosa-dosa yang telah dilakukan...dosa apakah yang kita lakukan hatta tak mampu untuk menangis...Dosa apakan yang kita lakukan hingga tak mampu menginsafi hakikat kehidupan di dunia yang hanya sementara?
Sedih & Lucu melihat gelagat manusia di dunia...yang berlatarkan pendidikan agama bersikap seolah-olah tidak mempelajari agama...
HMMM FIKIR-FIKIRKAN LAH...(”,)Moga-moga generasi Al-Fateeh akan muncul suatu hari nanti....generasi yang mampu menggoncangkan dunia dengan sejarah ISLAM...Bila? & Siapa? Bergantung pada siapa yang berusaha dan benar-benar menginginkannya.....


1 comment: